Infotainment

Siri Komputer Riba Acer Swift Menerima Kemaskini Model, Komponen Serba Baru

Acer Swift Go 16 950x713

rumahkabin black

Siri komputer riba produktiviti Acer Swift ialah salah satu siri komputer riba yang cukup terkenal di Malaysia dan secara antarabangsa. Menggabungkan rekaan nipis dan ringan beserta komponen yang berkuasa, ia boleh dikatakan diantara komputer riba yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan juga pekerja yang menggunakannya dalam pelbagai cara.

Terkini, di acara CES 2023 yang sedang berlangsung, Acer telah memperlihatkan kemaskini dalam siri komputer riba Acer Swift, Acer Swift X dan juga memperkenalkan model komputer riba terbaru melalui Acer Swift Go dengan pengenalan dua buah model baru.

Acer Swift Go

Bermula dengan Acer Swift Go, siri komputer riba ini terdiri daripada Acer Swift Go 16 dan Acer Swift Go 14 yang mana kedua-dua model tampil dengan paparan skrin OLED 16:10 beresolusi dan kadar segar semula tinggi pada resolusi 3200×1200 dan kadar segar semula 120Hz untuk model 16 inci, dan 2880×1800 dengan kadar segar semula 90Hz untuk model 14 inci.

Acer Swift Go 16 950x713
Siri Komputer Riba Acer Swift Menerima Kemaskini Model, Komponen Serba Baru 4

Paparan-paparan ini juga mampu memperlihatkan 100 peratus gamut warna DCI-P3 dan mempunyai nilai kecerahan 500 nit serta menyokong teknologi DisplayHDR True Black 500 yang memastikan paparan anda memperlihatkan warna yang cerah tidak kira corak penggunaan anda.

Kedua-dua model komputer riba ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi ke-13 Raptor Lake-H dan diklasifikasikan sebagai peranti platform Intel Evo yang mengesahkan bahawa ia adalah komputer riba nipis dan ringan premium. Menyejukkan komponen-komponen didalamnya pula ialah sistem penyejukan TwinAir yang baru yang mengalirkan udara kedalam dan keluar komputer riba ini dengan cukup senyap sekali.

See also  Twitter Bakal Memperkenalkan Ciri Tweet Panjang Pada Awal Februari 2023
Acer Swift Go 16 2 950x713
Siri Komputer Riba Acer Swift Menerima Kemaskini Model, Komponen Serba Baru 5

Dengan sokongan Thunderbolt 4, HDMI 2.1 dan juga pembaca kad MicroSD terbina, bersama-sama bateri yang boleh bertahan selama 9.5 jam, Acer Swift Go 16 dan Acer Swift Go 14 bersedia untuk menjadi peranti produktiviti berkuasa anda.

Acer Swift X

Acer Swift X diperkenalkan sebagai sebuah konsep dimana sebuah komputer riba nipis dan ringan masih boleh dimuatkan dengan gabungan CPU dan GPU yang berasingan. Dengan iterasi kedua, Acer dilihat telah berjaya menggabungkan cip pemprosesan Intel Raptor Lake dan NVIDIA RTX 4000 dalam rangka yang masih mudah untuk dibawa kemana-mana.

Acer Swift X 14 950x713
Siri Komputer Riba Acer Swift Menerima Kemaskini Model, Komponen Serba Baru 6

Komputer riba ini hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 14 inci dengan resolusi 2880×1800 yang dikuasakan oleh gabungan cip pemprosesan Intel Alder Lake-H dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 dengan sokongan perisian NVIDIA Studio terbina didalam.

Rangka komputer riba ini juga diperbaharui untuk memuatkan kipas penyejukan yang lebih besar untuk menyejukkan kedua-dua komponen yang lebih berkuasa lagi. Sama seperti Acer Swift Go, ia juga hadir dengan sokongan dua palam Thunderbolt 4, HDMI 2.1 dan pembaca kad microSD.

Acer Swift

Komputer riba paling nipis dan ringan Acer kembali sekali lagi dengan rekaan dan juga komponen serba baru untuk memberi pengguna kebebasan untuk menjadi produktif di mana-mana sahaja.

Acer Swift 950x713
Siri Komputer Riba Acer Swift Menerima Kemaskini Model, Komponen Serba Baru 7

Ia kini mempunyai rangka yang diperbuat daripada aluminum gred aeroangkasa yang membolehkannya hadir dengan ketebalan 14.5mm sahaja dan berat 1.2kg. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi ke-13 siri H.

Dari segi paparan, ia hadir dengan paparan bersaiz 14 inci dengan pilihan resolusi 2560×1600 ataupun 1920×1200 begantung kepada keperluan anda. Komputer riba ini juga menggunakan sistem penyejukan TwinAir baru yang menggabungkan kipas penyejukan yang besar dan juga paip haba yang cekap dalam mengalirkan haba daripada komponen-komponen ini.

See also  TSMC Mengesahkan Pengurangan Permintaan Cip Pemprosesan Oleh Pelanggan Mereka
Acer Swift 2 950x713
Siri Komputer Riba Acer Swift Menerima Kemaskini Model, Komponen Serba Baru 8

Sama seperti Acer Swift yang dilancarkan sebelum ini, ia juga tampil dengan lapisan anti-microbial yang membasmi bakteria. Ini cukup penting khususnya jika anda seorang yang fokus terhadap produktiviti jangka masa panjang di luar pejabat dengan bateri komputer riba ini yang mempunyai jangkahayat sekitar 9.5 jam.

Acer Swift, Acer Swift Go dan Acer Swift X akan mula dijual di pasaran-pasaran tertentu bermula bulan ini. Untuk pasaran tempatan, Acer Malaysia akan hadir dengan pengumuman tidak lama lagi.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link