Infotainment

Huawei Mengatakan Syarikat Kini Kembali Stabil Dengan Pendapatan Meningkat Sepanjang 2022

Huawei Mengatakan Syarikat Kini Kembali Stabil Dengan Pendapatan Meningkat Sepanjang 2022

rumahkabin black

Tiga tahun lalu sekatan teknologi dikenakan ke atas Huawei yang menyebabkan mereka tidak lagi boleh mengakses perkhidmatan GMS pada peranti Android yang dikeluarkan mereka. Ini kemudiannya diikuti oleh halangan menghasilkan cip sendiri dan akses kepada teknologi 5G yang patennya dipegang oleh Amerika Syarikat. Perniagaan mereka terjejas teruk dengan pendapatan pada 2021 menyusut lebih 70% berbanding 2020.

Huawei Mengatakan Syarikat Kini Kembali Stabil Dengan Pendapatan Meningkat Sepanjang 2022
Bangunan Huawei

Selepas tiga tahun, Huawei kini mengatakan pendapatan syarikat telah kembali stabil pada tahun 2022 dengan ia ia mencecah RMB 636.9 billion (~RM406 bilion) yang mencatatkan peningkatan 0.4% berbanding 2021. Pendapatan syarikat sekarang masih jauh lebih rendah berbanding pendapatan tertinggi RM529 bilion pada tahun 2020.

Dengan syarikat kembali stabil, Huawei menyasarkan pendapatan syarikat akan meningkat ke RMB 845 billion (~RM536) dalam masa 10 tahun. Selain pengurangan jualan peranti mudah alih, impak pengharaman penggunaan komponen telekomunikasi 5G juga menyebabkan pendapatan Huawei menjunam teruk. Antara langkah yang telah diambil ialah mengecilkan operasi di Eropah dengan ia kini dipindahkan ke Jerman.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link