Pelaburan

Sejauh Mana MRTT & MLTT Ini Sebagai Satu Perlindungan Pembiayaan Perumahan Di Masa Hadapan?

WhatsApp Image 2022 12 21 at 8.24.41 PM

rumahkabin black

Bagi anda yang telah membuat pembiayaan pinjaman pembelian rumah bersama pihak bank khususnya, sudah pasti pernah mendengar dengan terma takaful pembiayaan rumah Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT).

Tetapi bagi anda yang belum atau tidak mengetahui secara mendalam mengenai kedua-dua terma ini, secara ringkasnya ia merupakan satu pelan perlindungan pembiayaan pinjaman perumahan kepada para peminjam.

Melihat kedua-dua aspek terma takaful pembiayaan ini meski ia dilihat hampir sama namun ia masih mempunyai definisi yang berbeza. Jadi, tidak dinafikan ia mungkin telah menjadi persoalan di kalangan anda sejauh mana MRTT dan MLTT ini boleh melindungi pembiayaan pinjaman perumahan anda.

Sejauh Mana MRTT & MLTT Ini Sebagai Satu Perlindungan Pembiayaan Perumahan Di Masa Hadapan?

Dalam episod Tour Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘MRTT & MLTT Lindung Nilai Pembiayaan Perumahan‘ bersama para penonton. 

Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Haji Ismail Abdul Ghani, selaku Pengarah Pengguna Negeri Central 2, Bank Islam, Selangor 2. 

Ketika sesi temu bual perbincangan tersebut dijalankan, Encik Haji Ismail menjelaskan terma insurans MRTT dan MLTT ini adalah merupakan salah satu pelan perlindungan yang disediakan oleh pihak bank kepada para peminjam hartanah khususnya.

Sejauh Mana MRTT & MLTT Ini Sebagai Satu Perlindungan Pembiayaan Perumahan Di Masa Hadapan?

“Untuk pengetahuan semua, MRTT atau MLTT adalah merupakan pelan yang menyediakan perlindungan kepada para pelanggan yang mengambil pembiayaan hartanah. 

“Sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal, jadi MRTT dan MLTT ini yang akan bantu untuk menlangsaikan baki hutang peminjam tersebut. 

“Tetapi, jika peminjam tersebut yang mungkin tidak mengambil pelan perlindungan MRTT atau MLTT ini, masalah yang akan berlaku adalah waris akan dibebani dengan pembayaran hutang pinjaman rumah tersebut,” katanya.

See also  Belajar dari Pengalaman Eks Napiter Hendro dan Pepi: Tidak Ada Satu Orang Pun yang Terlahir Sebagai Teroris

Sejauh Mana MRTT & MLTT Ini Sebagai Satu Perlindungan Pembiayaan Perumahan Di Masa Hadapan?

Maklumnya lagi, bebanan hutang yang ditinggalkan kepada waris ini akan menyebabkan satu bebanan dan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh si waris.

Jika anda mahu mengetahui perbincangan selanjutnya mengenai terma insurans pembiayaan rumah MRTT dan MLTT, anda boleh menonton episod penuh dibawah;

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA. .

Sejauh Mana MRTT & MLTT Ini Sebagai Satu Perlindungan Pembiayaan Perumahan Di Masa Hadapan?

Baca artikel berikutnya: Sanggup ‘Ikat Perut’ Demi Mahu Memiliki Rumah Yang Cantik, Adakah Tindakan Wajar Untuk Dilakukan?

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link