Dah tak ‘broken heart’, Nelydia Senrose gembira tonton konsert Beyonce
Bagi yang mengikuti media sosial pelakon jelita, Nelydia Senrose pasti sedia maklum aktres terbabit sedang bercuti di luar negara bersama rakan-rakan.
Malah, perkongsian pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila memberi bayangan hatinya sedang hancur.
Meskipun tidak mendedahkan punca luahan sedih dikongsikan, terdapat segelintir netizen mengaitkan ia dengan rumah tangga aktres berusia 29 tahun bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Dakwaan itu timbul setelah adik kepada pelakon Uqasha Senrose membawa diri ke luar negara hanya ditemani adik lelaki, bukannya suami.
Kini, tidak lagi apabila pelakon drama Cinta Sekali Lagi dilihat bersama suaminya menonton konsert Beyonce Knowles secara langsung di Tottenham Hotspur Stadium London.
Meninjau di ruangan Insta Stories, Nelydia menyatakan ia adalah hari paling menggembirakan dalam hidupnya kerana dapat menggembalikan semula memori ketika umur belasan tahun.
Nelydia turut berkongsi momen memasuki perkarangan stadium yang dirakam oleh suaminya selain turut dihadiri aktres Che Puan Syamim Farid dan suami, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari.
Sekadar info, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019 dan belum dikurnikan rezeki zuriat.
Sumber: IG @nelydiasenrose, @syamimfarid
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v16.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source